Backgrounds
-->

Followers

Saturday, June 20, 2015

Alhamdulillah settle akhirnya .


wow woww pejam celik pejam celik 17 june JPJ weh , pagi tu punya nervous dia sampai malam tidur awal , perut meragam , duduk tak senang duduk , tak lalu semuanya la .

aku memang macam ni kalau nervous tak reti control ,
habis si nervous tu control satu badan .

apa la cek oi , benda kalau relaks semua okay .

dari pagi punya dok tunggu turn , 100 lebih punya orang nak tunggu alahai .

 buat RPK , dah settle alhamdulillah .
RSM and drive dekat jalan raya , masuk dalam kereta Encik JPJ tu bermisai muka nak serious ja . cek dah la takutt campur nervous adoi .
dengan kaki tak sampai , adoi adoi cikgu dah pesan dah bawak bantal masa nak drive tu , punya gelabah sampai lupa semuanya haa .

naik viva pun kaki tak sampai cek oi ?
hahahaha memang la nak buat macam mana renjak ke depan haa , masa awal awal ja pegang stereng betul lepas tu lantak ikut keselesaan laa .

hahaha keluar keluar dah jem , apakah nasib boleh encik tu gagah suruh aku mencelah tengok aku reti masuk ka tak nak keluar masuk antara sesak tu . dah lepas dia suruh cek pederas laju , selalu drive ikut ja selalu gear lani dia suruh speed bukan main . 
ada pulak dua moto dok bersembang tengah tengah jalan , ingat dah sembang tuh blah masuk jalan elok elok . boleh pulak sembang sungguh , cek take over laa nak tunggu kalau memang meredap ha .
dah tu lepas lalu tu lalu depan sungai nibong dia suruh cek speed lagi dah speed boleh pulak ada orang tu entah sapa boleh pulak renjak sampai ke tengah jalan nak ambik gambar , memang nak mati sungguh ?
Encik tu cakap awat adik tak langar ja orang macam tu , mau langgaq ja orang macam tu .
kita mampu gelak ja haa , takan la kita pulak nak langgaq orang tu nanti sia sia ja masuk court lesen pun aiyokk jangan buat pasai . and alhamdulillah selamat sampai .
tara nak tunggu Ujian dalam litar sampai nak tertidur pening gila dah .
nak makan pun tak lalu .
air jala dok minum tu gagah minum air ais sebab panas .
dah tuh cek punya nombor alhamdulillah bukit sekali lepas , parking lepas , simpang tiga penjuru lepas , jalan S jalan Z lepas and semuanya lepas .

turun kereta ja longlai dah pening nak phitam .
gagah naik tangga pondok pi kat JPJ and lulus ALHAMDULILLAH .


memang happy la , 21hb dah la nak balik melaka dah . bila pulak nak settle kalau dah balik sana .


18 june 2015 , ramadan tiba ramadan tiba marhaban ya ramadan .




adikk .

punya dok cover nak malam ni jugak nak bebel sorang sorang , tak boleh tidur kan hentam saja lah berapa kali post hahaha in one day .
16 june .


dalam gambar acah acah nampak kurus , padahal dah bam bam sungguh dah ni . 

happy sangat meet dengan adikk sayang , 
adik angkat dari sekolah menengah alhamdulillah sampai lani .
and macam mana entah boleh lost contact and masa birthday dia .
dia chat and cari , and chat dengan adik and set date jumpa adikk .

dulu kecik comell ja , sekarang alahai tinggi nya adik akak baru 156cm adik dah 170+ hmmm akak kalah , berdiri pun dekat bahu adik ja =='

bezanya laa dulu akak tinggi lagi , tapi sekarang ehemmm .
yala laki kan , dah membesar .

dah tuh decide tengok wayang , Jurassic World cerita dia best .
jalan jalan memang tawaf habis dalam Quensbay tuh , pusing punya pusing punya mai sampai pening  . sebab adik keding saangat kita singgah Mcdonald dulu .
makan makan .
sembang sembang punya sembang , melilau satt .

selfie dulu .




and dah tuh pusing pusing pulang dengan selamat , thank you adikk sebab muncul balik :)




holla cousin .

13 june , lalalala .
ada kenduri cukur jambul dekat rumah cousin .


ramai yang datang , dekat gelugor :)





ni baby kak Asu , riyad .


and masa nak balik tu singgah beli ni ,
this is my cokodok yaww !
sedap gila yang kat gelugor tu , dari dulu masa sekolah rendah lagi sampai dah besar memang sedap bagi syasya .


and next singgah tesco sebelum balik kampung , pekena sundae choclate dulu bagi sejuk sejuk badan .


byebye PENANG , gerak dulu .



dah sampai , malam tu pekena pelam dengan garam belacan dengan pedas dia perghhh sedap !


malam keluar dinner dekat , Maknjang Ikan Bakar dekat Tanjung Dawai Kedah .\.


ni Aswad anak maklang yang kecik .


ni Amani anak maklang yang sulung .


tok ndak dengan abg chik , Fakhri anak maklang nom tiga . oh baru perasan gambar Afiq ja takdak anak maklang nom dua .

pagi tok ndak mai hantar durian buah dusun .


and this is our lunch , sedap :)


petang petang dah gerak nak balik penang ,

BYEBYE KEDAH !









gelagat lepas .

hi rasa macam berhabuk ja , benda hari tu dah lepas lepas pun tapi biar lah saja mengimbas kembali ==' hahaha 12 june yang lepas . 

keluar ngedat dengan cousin dengan kawan , farisah athirah dengan asrul . berempat ja sebab ofi teman mama pi kedai service kereta . so decide nak keluar tu pun dah lambat and memang lambat sungguh pukul 4 lebih baru sampai Quensbay .

yang sampai dulu asrul sorang ja , jenuh dia dok tunggu . thanks ofi sebab hantar asya pi sana . and farisah athirah , asrul pi ambik .
and lepas tu cek pulak tunggu depa sat tak sampai lima sepuluh minit pun depa dah sampai and terus pi dekat tempat wayang tengok Insidious , dalam tu punya aku dok terkejut habis farisah dengan asrul hahaha jadi mangsa keadaan sabar jalaa dengan aku .

memang kalau terkejut tengok cerita hantu memang jadi macam tu hahahaha .
maaf :)


habis ja wayang pergi makan la , tunggu lagi perut pun dah laparrr kan .
makan johnny's , bagi kenyang kenyang .



athirah mana ? ada cuma tadak dalam gambar ja .

and lepas tu balik gelugor sama sama , and mama mai ambik dekat rumah obek hasnah . and terus gerak pi seberang ambik kak fara dekat sana . dia ada sana sebab sebelum tu pi Arau .


hahaha , tu lapit perut bagi kenyang malam hahaha .


adik beradik memang suka selfie hahahaha .

and last i get my cokpenderam ,hahahaha . 
and byebye seberang .



Friday, June 12, 2015

sayang .

haa , hari ni cek pakai tudung yang cek beli kat Siti Hasmah , tudung dia lembut harga dia okayy .
cuma cek pakai dok serupa tuhh ja , hehehehe :)


acah acah pose fazrensyasya memang begini .


dah melilau dalam Quensbay , perut kriuk kriukk .
makan satt , dinner awai lah hari ni .


hehehe alhamdulillah dah kekenyangan pun .

kami berempat sahaja .
kakak ke Perlis , Abah pulak baru pulang kerja .
mama cuti :)


jalan dan terus jalan jalan .


ni adik laki syasya , dia nak selfie tapi suruh orang ambik gambar dia *acah acah ja *


adik tapi tinggi lampai dari kakak dia , mau Asya atau kak fara .





pantang nampak camera tak reti berhenti jadi nya , silap silap retak fon baru reti berhenti agak nya ?
hahahahahaha


thank you mama :)


i love you mama abah sayang .