Backgrounds
-->

Followers

Friday, July 29, 2016

selamat hari lahir abang saufi fakhri, al-fatihah .


al-fathah .
selamat hari lahir abang MUHAMMAD SAUFI FAKHRI BIN MOHD SANI, yang ke 26 tahun . cepat masa berlalu abang, umur abang pun dah 26 . semoga abang tenang disana , abang tunggu nanti bila tiba masa syasya , syasya akan jumpa abang dekat sana . aamiin .

tahun ni syasya 21 tahun abang , banyak benda yang syasya dah lalui . banyak jugak yang syasya simpan dalam hati sorang-sorang . yang tak mampu syasya luah , syasya bukan kuat sangat . banyak jugak yang syasya kena sabar . syasya berdoa agar diri syasya terus tetap kuat untuk hadap hari-hari yang mendatang . syasya tak baik mana, tapi mengharap syasya dapat bertaubat dan meninggalkan amal baik sebelum pergi inshaAllah . 

kuat kan semangat hang syasya . 

Wednesday, July 27, 2016

Raya kan sebulan .

Assalamualaikum , hai selamat hari raya maaf zahir batin .
syasya nak minta maaf kalau sepanjang syasya kenal dengan orang , syasya ada buat salah silap, terkasar , tergurau tercakap benda yang menguriskan hati . syasya minta maaf, kalau ada salah silap tegur yang kalau-kalau tak maafkan , syasya minta maaf .



dan juga dari family syasya .
family Mohd Sani & Ku Fadzilah , maaf zahir batin . Syasya dari pihak family syasya , kalau ada salah silap syasya minta maaf dari kami sekeluarga kalau ada terkurang apa-apa .


hari ni baru nak sembang pasal raya , em em raya kan sebulan . jadi hari ni syawal yang ke berapa eh ? syawal 22 . raya lagi kan kan .

tema tahun ni family syasya putih, pagi tak pagi jugak la balik kampung yan, kedah . semua adik-adik mama , ada kedah . paknjang maknjang family, maktam paktam family, paklang maklang family, paktih maktih family, em cuma paksu maksu paksu family ja takdan jumpa tahun ni . kalau tak lengkap la belah ruat.


balik belah yan Tok emah pulak mak mama , beraya dengan semua kat sana ada kak tiha, ada abg chik family, abg mat family, maklong makngah tok . dah dah beraya petang tu balik penang pulak sebab ofi kerja petang , tak petang jugak la dah gerak balik penang . dah tu balik rehat kejap dekat rumah pi beraya rumah kawan. dah tu pi kejap rumah obek hasnah, dah beraya rumah obek . 

pergi rumah kawan kejap amina , dapat jumpa kejap kawan sekolah . thank you mina sebab panggil mai beraya hikhikhik .


dah sudah sudah tu pergi rumah makwa , haa rumah tok syasya . ada mmg alwi aunty zai family, entah macam mana boleh terlelap tahu tahu semua dah siap, bangun jalan pergi masuk kereta tahu-tahu dah sampai rumah tok manap tok ede , ada mmg budi family .

makwa sayang
 lepas tu beraya rumah tok juma tok razak family.




raya kedua dekat rumah ja , malam mamu ya family datang rumah mama ada masak rendang ayam sikit ketupat palas dengan ketupat nasi . malam tu jugak balik kampung dalam 1lebih kot sampai kedah , esok raya ketiga dekat kedah beraya sini sana kejap .

dengan dikwat .
malam tu balik penang lepas bbq dekat kampung . raya keempat petang date dengan mama , dah sebab semua yang len kerja . pagi tu pergi makan sebelum hantar kakak pergi kerja .




lepas tu balik hantar abah , sebab abah tak sihat demam . sebab kalau teman mama shopping kerja , anak abah ni boleh selfie banyak lagi dengan adik siap video-video lagi . em teman mama pi Gurney Paragon .



dah settle mama shopping baju kerja, lepas tu sebelum balik mom give rewards. haa makan salun du choclate .



dah kenyang balik buat apa yang patut , siap kemudian em pergi rumah toknab . tapi salah timing pergi malam , so bersembang sekejap . tok nab tok amir panggil esoknya mai so raya kelima la kan . tapi malam keempat tu p kayu nasi kandar penang la .

boh dulu laaaaa .




cuma nak cakap adik kakak kuat selfie la cerita dia kat sini .

lepas tu raya seterusnya dan seterusnya, ku menghabiskan masa dirumah sahaja . sebab semua kerja , so back to house wife . kerja rumah , ambik adik , masak . kadang kadang dia menggila dia menyanyi ja kat rumah tu haa .

sabtu lepas 23 julai 2016, syawal 18 . Aishah jemput panggil mai rumah , ni ja dan jumpa pulak kumpul kawan dari sekolah rendah sampai sekolah menengah . dia punya sembang dari recsam sampai sk sampai smk belajar kerja anggur semua keluar haa . perangai masing-masing , hahahaha . yang baik tu baik la , yang nakal dulu entah la rasa macam aish kenapa macam tu . apa pun thank you aishah fina mina eimah hanis khalidah what a great moment with uolls .


em em malam tu penang lawan selangor okay , hakak standby dah ni pakai baju penang . tapi hakak takpi stadium akak pi makan isi perut dekat Rockstarz Burger , akak makan Carbonara Romance Hard Rock . em em bukan dekat hard rock , tapi beef dia tu double . kalau slow rock tu daging single , hard rock double, heavy rock tripple daging dia . meh la cuba . tak rugi pun kalau cuba , ada macam macam haa boleh try . kedai dia dekat Sungai Ara , Penang . kalau tak tau ala dekat corner dekat dengan sk sungai ara . dia punya resepi sendiri okay , masuk jalan-jalan cari makan lagi . em em abg chazynash pun ada pergi tau . siapa dia ? haa pi tengok insta . video-video dia , wife , kawan-kawan dia semua best . retis juga ada pergi .

okay boleh review ig : @rockstarzburgerofficial
#supportcousinbusiness 


photo taken by kakak fara
feeling lagu permata hati .
mana kau campakkan hatiku, hati yang ku berikan padamu kasih, semua jawapannya ada padamu . 
asya memang suka acah acah lagi lagi kalau ada orang macam kaka ambik gambar hee thank you . semalam okay mood ambik tepi pantai , keluar dengan kakak kejap syawal 21 .

okay nak dijadikan kisah syasya pakai fesbuk jala dengan email lani, fon dok ketegaq lagi . baru fina mina sembang pasal blackout fon , ni ikut pulak . so asya decide fon berehat . anything mesej kat messenger fb kalau berani call jala mama abah . hahahaha okay bye .

dah dah apa pun selamat hari raya , maaf zahir batin dari saya Nur Fazren Syasya Binti Mohd Sani .


Tuesday, July 26, 2016

gerak lu paper roger .

hi wasap niga , em assalamualaikum lah aish . makin lama perangai entah apa-apa, sebulan lebih syaa kau menganggur kat rumah , anggur pun tak berbuah lagi . bila kau sibuk sibuk nak apply kerja , kerja pun belom dapat lagi . belom ada rezeki lagi sabar dan terus berusaha tanpa putus asa ya syaa . hidup ni ada susah senang, tak senang senang nak jadi senang, tapi tak susah susah nak jadi susah syaa . nak dengan taknak ja . kau baru ja cari kerja , kerja pun belom dapat lagi tapi benda itu dah rosak , jangan benda ini dah rosak . dah cukup-cukup hati kau rosak , jiwa kau seksa . sekarang fon pulak mengikut, jangan ikutkan perasaan sya . sabar benda boleh settle , cepat atau lambat . belajar menerima syaa . kau kan kuat . biar kejap fon kau berehat tu, mama kata yala kalau dia okay pegang fon tu sampai tak bernyawa . biaq la sat dia bernyawa.

em apa apa fb dengan email ja .
fb : fazren syasya mohd sani 
email : fazrensyasya@gmail.com

em nak alamat menyelamat pun boleh :
mutiara height, jelutong penang 

mai jumpa terus senang em em , aishh .

cool chill .
tarik nafas istigfar syasya .

dah dah nak cakap sikit bab lain ni.
selalu beringat hubungan kau dengan Allah , jangan time tersungkur kau beringat . masa kau susah kau lupa . beringat syasya , ajal maut bila bila ja . mengucap setiap kau belom tido , beringat syasya . beringat syasya . 

sekarang ni makin hari makin ramai yang telah pergi menghadap ilahi, andai hari esok giliran aku. tolong maafkan aku .

tolong jaga hati hang syasya , supaya tak kelam . 

gerak lu apa-apa roger syasya .
Assalamualaikum .

Monday, June 27, 2016

another two months to go, don't stress so take care dear self !

pagi pagi dah dengar mama kejut , macam semalam cakap yang mama tetap nak bawa pergi dokter . makan pan cake dengan air berapa teguk . jantung dup dap dup dap mama nak bawak pi hospital sakit kepala ada nak muntah ada nak berak ada semua rasa punya ada pagi ni campur-campur tolak bahagi dah rasa nak meletup . tapi ? sabar . believe inshaAllah everything gonna be okay .

24 june 2016 , Hospital Loh Guan Lye .
macam biasa pergi reception , daftar . pergi naik level 5 jumpa dokter koah . dokter yang pernah kena admit masa form 5 . itu la first and it should be last admit sebab tak suka bau bau hospital ni . takpa la masuk bilik jumpa dokter , dia tanya itu dia tanya ini . dia suruh timbang , awal awal balik sini 49 kilo . sebab sure balik penang akan makan kawkaw non stop, tapi bila timbang berat 46.5 kilo . mana tak nya makan makan membuang , muntah bagai . takdan simpan , bukan takdan simpan . takdan proses pun ikutkan . dia suruh baring dia cek perut . cek suhu badan . cek belakang . urgh . lepas tu nurse cakap nak kena buat check up , darah . urine . x-ray . ultrasound . hmm .  tara nak cek darah kena tunggu , muka dah cuak la , sebab benda paling tak suka jarum tu jarum nak ambik darah . masuk masuk kakak tu konon nak bagi hilang i punya nerbess la kot dok tanya nama apa , alamat . dia suruh sebut pulak alamat padahal details dah terpampang dekat screen tu . yang syasya pun blur nak sebut alamat pun gagap dah sebab fikir kan jarum . dia suruh duduk , dia ajak sembang pulak ni adik faralisa . dia bagitau dia anak sapa kawan kak fara and bla bla bla . kakak tu kata jangan takut tengok abg hensem , yang abang tu sikit ja macam kena gigit semut , yang mama dok risau aku teriak ja . dah tu sudah ambik darah baru nak lap mata bertakung , kakak next panggil fazren syasya aa jom xray . tanya itu ini , buat itu ini . hmm soalan dia . dah sudah tu , kena buat ultrasound . hmm satu persatu , ikutkan jala . dah sudah semua tu , balik stay petang pulak pergi hospital lagi . dah tu pergi tunggu  jumpa dokter , dia cakap pun aih lemah . darah tekanan darah rendah sebab masa pergi klinik 110/70 hari ni 90/60 . sakit kepala sebab mata , stress . sakit belakang pun . muntah muntah sebab cyst . hmm sembelit . sebabkan cyst mama nak bawak lagi jumpa dokter . sakit cyst tu apa ? cyst tu semua perempuan ada yang dia akan pecah untuk persenyawaan . tapi sebab nak tengok cyst tu okay ke tak , sebab ultrasound cek besar mana dia . mama nak bawa dokter lagi .

25 june 2016 , Hospital Lam Wah Ee .
dokter ni mama kata dah lama dah , dari mama pregnant kak fara semua kat dia . dia yang dokter uruskan . hmm tunggu dari 9.30 pagi sampai 12.30 tengahari . kau rasa ? tiga jam kat situ macam macam dah godek fon , chat , main game , tengok movie semua dah . nasib nurse lye tu dah kenal mama suppose nom 49 sekarang baru nom 32 . dokter tanya anak you dah ada anak ? mama kata belom kahwin . dia panggil dokter suruh baring buat ultrasound . dokter tanya ada sakit mana mana , sakit dekat perut belah kanan , dengan tempat ovari belah kanan . dokter cakap cyst dah makin kecik , sebab dia boleh kecut . dia sebab ikut kadar period jugak . kalau nak period atau akan period so dia akan kecut . tapi sebab dokter nak cek lagi next appointment 20 ogos 2016 . lepas birthday sehari esok tu kena jumpa dokter hmm . inshaAllah everything gonna be okay .

jangan stress , jangan kerap pening , makan ubat .
jangan banyak fikir , jaga pemakanan , jaga kesihatan .


so syasya jaga diri dua bulan lagi dokter nak cek , tolong jangan stress . jangan serabut , happy kan diri please .

Thursday, June 23, 2016

stay healthy stay strong stay positive .

hi please get well soon syasya cause i'm tired for being continue sick .

dari awal balik penang badan kenapa mengada ngada sangat asyik sakit ja , hmm memang tak minta pun . tapi please badan jangan mengada ngada sangat , penat dah nak hadap hari hari lemah lesu . lapar beriya-iya tapi bila nak makan tak selera , tapi tetap makan la nak bagi tenaga kat badan . hmm Air ? dulu susah sangat minum air , ni dah kerap kerap minum air masak badan still lemah lagi . please la jangan nak jadi baby lemah sangat . cukup-cukup la penat dah badan ni . dari demam ambil pil penadol , lepas tu sakit kepala sakit badan sakit belakang pening rasa nak tumbang gelong hmm 13 june 2016 pergi ambik ubat , dah makan ubat sampai 4 biji time sahur time buka puasa hmm 8 pil sehari dah macam ambik drug in a week two week to go . tak baik baik , plus pulak sakit perut cirit birit bagai in two days berapa kali dah ulang alik ulang alik masuk bilik air syasya . penat penat penat . tapi still good girl sebab tahan berpuasa lagi , so syasya decide nak stop makan ubat sebab dok rasa macam nak baik kan . lagi pun kawan pessan tak bagus kalau selalu sangat ambik ubat , boleh sebab kan hati kuning . and membe pesan jangan nak makan tengah malam selalu makan milo nugget selalu . aah makan tengah malam tu memang kerap la , sebab asyik lapar ja tengah malam . pastu milo nugget , hmm dah lama dah sejak sejak balik penang ni dah berapa lama dah tak hadap makan milo nugget . 

ni dalam minggu ni baru nak semangat kemas kemas bilik rasa nak muntah bagai pulak , selalu kalau nak rajinkan diri buat kerja sambil dengar lagu . ni buka lagu kejap kau dah nak loya bagai syasya , tak pasal pasal kak fara kena pakai ear phone sebab nak layan kau . hmm kemas kemas rasa nak loya sangat tak tahan , so keluar duduk ruang tamu . konon nak bagi badan rehat la . duduk tak duduk atas sofa nak menangis bagai , ahhh lemah betul . tak tahan sangat dah la tengah puasa , nak muntah pulak . hmm tak boleh tahan sangat muntah la , ni dah muntah tak boleh stop pulak muntah terus menerus . kakak bagi air , mandi bagi segar sikit . makan , makan ubat and nak try tidur . mata taknak lelap , pastu tangan tak habis habis nak jadi stalker terhebat . badan tengah sakit cari lagi penyakit bagi hati pulak sakit . tapi kau still kawal perasaan , cuba untuk tidur . tapi tak boleh tidur sejam lagi nak berbuka kau cuba baring kat sofa dengan fon cas kat bilik boleh pulak kau terlelap kat luar tu kan syasya . bangun bangun dah maghrib pun , nasib la hari ni kakak cuti kalau tak hm harapan la nak bermanja badan tu . ni dah tiga hari kau tidur tak boleh tidur , selalu tidur lepas depa nak sahur . berturut turut jugak la makan bubur ayam halia . hari rabu mama cuti , suppose mama plan nak pergi baju raya . tapi sebab kau lemah tinggal jela kat rumah terlentang baring kat rumah . tak pasal pasal mama pun tak pergi , mama belikan makan untuk hang syasya . hmm , muntah lagi . dah minum air banyak pun still muntah muntah lagi . sampai lesu dah badan ni syasya . penat . mulut tekak rasa loya ja . kau pergi tanya pakcik google sebab apa muntah air ? sebab keracunan makanan , sebab makan tak hadam , sebab mual , sebab gastrik , sebab ketumbuhan dekat kepala, sebab jantung , sebab kurang hydrat , sebab usus , sebab apendiks . entah la kau muntah muntah sebab apa sebenarnya . dah tiga empat hari berturut . dah tuang puasa tiga hari ni syasya hmmm . sebab ubat pun dah tak tahu nak makan ubat apa bangun tidur hari ni mama call suruh pergi jumpa dokter . ambik refer letter nak pergi hospital . hmm , so tunggu la nanti apa pulak peel kau syasya . esok mama kata mama ambik cuti . pagi-pagi nak pergi hospital , hope everything gonna be okay . 



tulisan dokter cantik sangat , dah la apa pun stay healthy okay dear self !

Wednesday, June 8, 2016

favoritoo .


now when i little bit stressed and just write it back and it's turn be desserts here kiwi will save my day . lalalala i'm satisfied !

Puasa menjelang tiba .

Selamat menyambut ramadhan Al- Mubarak dari syasya .


Em sehari sebelum puasa selera makan bukan main membuak-buak itu craving ini craving semuanyaa hang nak craving syasya . so pagi ahad mama bawak pi Taman Tun Sardon , pi pekena bihun sup dengan char keoy teow tapi bukan pulun sorang ah . syasya makan dengan kakak dengan adik , dalam dok craving tak boleh jugak nak pulun habis sorang-sorang .


Dah kenyang makan siang , pi balik relau sana pulak . pi pekena durian , cap kaki ? 


sebelum nak makan tu orang tu pilih dulu , timbang dia emm . pastu harga dia pun sempoi jugak , timbang kulit durian kot yang berat hahahahaharga dia pun sampai rm200 . tu baru dua biji , nasib makan kalau tak okay la la tu jugak dia bagi yang len . sebab kan mama abah pernah mai sebelum ni bawak paknjang maknjang ,sebelum ni puas hati dengan dia pilih . kali ni slack sikit so dia tukar la sebab isi rasa not bad .



em syasya nak kata suka durian , suka la jugak . bubur durian ? its my fav . tapi bila makwa, kampung buat jala jadi fav . kalau len kena rasa dulu . tapi bila sekali dah makan tu jadi lupa diri sat , makan makan . 




Perut dah kenyang melantak durian kan , tapi berapa ulas ja pun syasya balik-balik tu nak tumbang pening badan panas . makan nak tapi badan taknak terima bau durian ? pastu nak buat lagu mana syasya ?


em terdampar sekejap sebelum balik kampung .


kbai penang .

makan petang dekat rumah maklang , umm maklang masak memang terbaik lah . tambah dessert pulak pelam & betik plus plus garam belacan kalau pedas lagi lagi terangkat baqhangg .


lepas mama dah pi ke rumah tok emah tok cik kejap dah tu nak balik penang nak senja tu .


kbai kedah .

isnin puasa , siang siang sahur makan konfleks dengan fresh milk . dah tu masuk bilik telan si penadol dengan air masak ni yang tak menjadi fav ni . tulah bila sihat makan tak beringat , sakit taknak jaga . badan dalam ja panas luar dok tungging terbalik hmm .


selamat berpuasa !

first day puasa pergi berbuka rumah mak , pergi bazaar ramadhan dekat taman tun sardon .


lauk mama campur lauk pakwa beli em banyak , sembila orang nak berbuka puasa .


dalam banyak banyak selera kau syasya cuma nasi putih dengan ikan goreng sambal belacan . side kot tepi merasa caramel , salah satu fav bila bulan puasa memang cari tu untuk dessert . tapi sebab selera mau takmau merasa sikit .

second day puasa duduk dalam bilik perap merap dalam bilik , tergolek sini tergolek sana nasib bangun jugak nak hadap bilik air nak sejukkan badan kalau tidak memang melekat dah syasya dengan tilam takan terpisahhhhh .


berbuka hari ni ikan jugak kau syasya , pulak ikan bilis dengan nasi putih ja . abah beli lauk dua tiga macam tu syasya ,ikan bilis jugak ja kau pulun lalu . 

pastu air ? air masak dua tengguk . kakak beli chat time . thank you kakak !


sejukkan diri sejukkan lalalalala , dok teringin berapa hari dah thank you kakak . 

badan dah kebah sikit, tapi dalam aiyokkk . kakak pulak sekarang demam , agaknya memang set set anti body lemah eh ? aishhh tapi tetap kuat .

Thursday, June 2, 2016

Alhamdulillah .

Alhamdulillah i'm done in Diploma Management Technology .

Terima kasih madam sir miss semua yang mengajar syasya dari cfp , semester 1 sampai semester 6. banyak benda yag syasya belajar , terima kasih sangat sangat . kawan-kawan sahabat yang selalu support tolong yang mana syasya perlu tunjuk ajar , kerjasama thank you so much . untuk li thank you buat puan sarimah dengan cik atul .



so next plan apa syasya ? Kerja dulu sementara inshaAllah ada rezeki . sabar ya syasya , tapi sementara nak cari kerja ni cuti ni syasya jadi housewife , kemas rumah , jaga makan minum adik . tambah adik cuti dua minggu pulak , kakak hadap muka adik , adik hadap muka kakak . tengok berapa lama adik kakak tak berkelir . sekali berkelir habis naya kena kerja kan , hahahahaha *gelak kejam sikit*

sementara buat kerja tu , adik haa dia siapkan homework dia . lepas tu tak habis-habis ingatkan nak mandi kolam . tahu la kolam kat bawah tu, dia tak lari pun adik . terjun ja , nak ajak lumba berenang ? dah terer agaknya adik aku ni, dulu takuttakut nak masuk kolam besar . tapi comfirm sekarang tak takut la , sebab dulu dia pendek . tapi lani emmm tak payah cakap sikit lagi ja nak sama tinggi dengan hang syasya oi . tak boleh jadi .

so tu rutin sementara kemas kemas , makan makan , tidur menyanyi melalak , terguling tergolek sana sini sementara nak cari kerja . 

Monday, May 23, 2016

yang tinggal cuma rindu .


disini aku terdiam dan terkaku , kerna yang tinggal cuma ada rindu pada kamu .

Sunday, February 14, 2016

Continue my holiday at Shah Alam .

malam tu i dah sampai shah alam , weoulls pergi makan kat kedai depan sungai kandis tu . makcik tu kalau masak nasi goreng kampung pedas kaww kaww punya . so memang bahagialah bila makan , lagi lagi pedas i mira kak atul pulak kuat pedas berapi . hikhikhik .


muka kenyang , muka bahagia muka mengah kekenyangan .


esok tu 9 febuari 2016 , kan cuti raya cina lagi company cuti isnin selasa . so Puan sarimah boss kitaorang bawak pergi picnic dekat Desa Waterpark , Kuala Lumpoq . 


berbeg-beg dengan makanan yang nanti nak di isi bila kelaparan .


i memang kuat selfie tapi bila si mira pegang fon i ajak selfie lagi menjadi jadi penuh galeri i bertuah .


hi yang kat tengah halus halus tu kak atul , keding ja dia .


weuollls dah ready dok tunggu ibu keluar . oh ibu sapa eh ? kitaorang pratikal kat sini , boss kami gelar diri sebagai ibu kat sini .

haa ibu dah keluar weoullls selfie sat .




are you ready ? we are ready we are ready so lets go babe !


scroll scroll i dengan mira tak habis habis lagi selfie .



okay weoulls dah sampai dah tempat yang pergi tu , dah sedia dah nak tunggang terbalik dalam kolam kolam sana tu . dah sedia dah nak terkukuk terkikik kat sana .


dari pukul berapa entah dok berendam mandi manda kat sana , perut terasa lapar pulak . yelaa, makan tengahari kan . so atas kereta pun boleh jadi , rare duduk ramai ramai . hikhihik .



dah puas makan , mengkenyangkan perut . masuk balik pergi berjemur pergi mandi pergi naik turun sana sini , dengan macam orang punya dok ada . dengan kak atul layan kerenah kitaorang mandi , hahaha macam macam ragam terjun tergolek dalam sana tu .

dah sudah mandi tu ambikk kaww syasya , muka burn terbakooo . habis .


weoulls dah sudah , nak balik ? belom balik lagi nak pi menyinggah dekat mesir selangor sana . mana tu ? Sunway Pyramid ja hikhik acah acah sampai mesir sana kan .


muka minta apa entah , bedak pun tak boleh nak pakai bahang muka rasa . 


okay weoullls sampai dah selfie selfie welfie tak sudah , memang penuh galeri i seharian ni .




haa weoulls pakai semua serba serbi merah , yela chinese new year kan .


"gong xi fa cai"


i dengan mira lagi dan lagi .


dekat muka ibu ada lighting pulak .


baru i perasan kung fu panda yang comel kat belakang tu pun ada sama hikhik .


dalam tu saja i tukar gaya tudung , selebet sangat aih syasya .


kemas sikit tudung tu "pakai tudung elok-elok" selalu tegur macam tu kan .



dah pusing pusing dalam sunway tu , ibu pun dah letih yang lain pun dah letih so balik lah rumah . berehat yee .


hari ni dah cukup empat hari baru ketara sungguh muka tu kena sunburn syasya , teruk sangat merah merah sabooor ajalah nanti okay la tu . melawak dengan along belanje gambar kena sunburn , katanya padan muka . aihh ==' seronok sangat kata dia .