Backgrounds
-->

Followers

Monday, June 27, 2016

another two months to go, don't stress so take care dear self !

pagi pagi dah dengar mama kejut , macam semalam cakap yang mama tetap nak bawa pergi dokter . makan pan cake dengan air berapa teguk . jantung dup dap dup dap mama nak bawak pi hospital sakit kepala ada nak muntah ada nak berak ada semua rasa punya ada pagi ni campur-campur tolak bahagi dah rasa nak meletup . tapi ? sabar . believe inshaAllah everything gonna be okay .

24 june 2016 , Hospital Loh Guan Lye .
macam biasa pergi reception , daftar . pergi naik level 5 jumpa dokter koah . dokter yang pernah kena admit masa form 5 . itu la first and it should be last admit sebab tak suka bau bau hospital ni . takpa la masuk bilik jumpa dokter , dia tanya itu dia tanya ini . dia suruh timbang , awal awal balik sini 49 kilo . sebab sure balik penang akan makan kawkaw non stop, tapi bila timbang berat 46.5 kilo . mana tak nya makan makan membuang , muntah bagai . takdan simpan , bukan takdan simpan . takdan proses pun ikutkan . dia suruh baring dia cek perut . cek suhu badan . cek belakang . urgh . lepas tu nurse cakap nak kena buat check up , darah . urine . x-ray . ultrasound . hmm .  tara nak cek darah kena tunggu , muka dah cuak la , sebab benda paling tak suka jarum tu jarum nak ambik darah . masuk masuk kakak tu konon nak bagi hilang i punya nerbess la kot dok tanya nama apa , alamat . dia suruh sebut pulak alamat padahal details dah terpampang dekat screen tu . yang syasya pun blur nak sebut alamat pun gagap dah sebab fikir kan jarum . dia suruh duduk , dia ajak sembang pulak ni adik faralisa . dia bagitau dia anak sapa kawan kak fara and bla bla bla . kakak tu kata jangan takut tengok abg hensem , yang abang tu sikit ja macam kena gigit semut , yang mama dok risau aku teriak ja . dah tu sudah ambik darah baru nak lap mata bertakung , kakak next panggil fazren syasya aa jom xray . tanya itu ini , buat itu ini . hmm soalan dia . dah sudah tu , kena buat ultrasound . hmm satu persatu , ikutkan jala . dah sudah semua tu , balik stay petang pulak pergi hospital lagi . dah tu pergi tunggu  jumpa dokter , dia cakap pun aih lemah . darah tekanan darah rendah sebab masa pergi klinik 110/70 hari ni 90/60 . sakit kepala sebab mata , stress . sakit belakang pun . muntah muntah sebab cyst . hmm sembelit . sebabkan cyst mama nak bawak lagi jumpa dokter . sakit cyst tu apa ? cyst tu semua perempuan ada yang dia akan pecah untuk persenyawaan . tapi sebab nak tengok cyst tu okay ke tak , sebab ultrasound cek besar mana dia . mama nak bawa dokter lagi .

25 june 2016 , Hospital Lam Wah Ee .
dokter ni mama kata dah lama dah , dari mama pregnant kak fara semua kat dia . dia yang dokter uruskan . hmm tunggu dari 9.30 pagi sampai 12.30 tengahari . kau rasa ? tiga jam kat situ macam macam dah godek fon , chat , main game , tengok movie semua dah . nasib nurse lye tu dah kenal mama suppose nom 49 sekarang baru nom 32 . dokter tanya anak you dah ada anak ? mama kata belom kahwin . dia panggil dokter suruh baring buat ultrasound . dokter tanya ada sakit mana mana , sakit dekat perut belah kanan , dengan tempat ovari belah kanan . dokter cakap cyst dah makin kecik , sebab dia boleh kecut . dia sebab ikut kadar period jugak . kalau nak period atau akan period so dia akan kecut . tapi sebab dokter nak cek lagi next appointment 20 ogos 2016 . lepas birthday sehari esok tu kena jumpa dokter hmm . inshaAllah everything gonna be okay .

jangan stress , jangan kerap pening , makan ubat .
jangan banyak fikir , jaga pemakanan , jaga kesihatan .


so syasya jaga diri dua bulan lagi dokter nak cek , tolong jangan stress . jangan serabut , happy kan diri please .

No comments:

Post a Comment